Jabatan Sumber Manusia – BM

Privacy Notice : JABATAN SUMBER MANUSIA Gamuda Berhad, subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada Kumpulan Syarikat Gamuda dan Kumpulan Syarikat Gamuda bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya dan mana-mana syarikat dimana anda telah/akan ditukarkan sementara (“seconded”)/dipindahkan (secara kolektifnya “Kumpulan”), menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis […]

Privacy Notice :
JABATAN SUMBER MANUSIA

Gamuda Berhad, subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada Kumpulan Syarikat Gamuda dan Kumpulan Syarikat Gamuda bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya dan mana-mana syarikat dimana anda telah/akan ditukarkan sementara ("seconded")/dipindahkan (secara kolektifnya "Kumpulan"), menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis Privasi ini dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Untuk tujuan Notis Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta dan terma "kami" akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan "anda" akan merujuk kepada diri anda sendiri dan/atau mana-mana individu yang anda mewakili di mana anda memberi "Data Peribadi".